Latest News

Stadium Jugra uzur, terbiar, tidak bermaya

wk_011jugraKUALA LANGAT 1 Dis. – Uzur dan tidak bermaya. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan Stadium Jugra di sini.

Keadaannya itu sudah tidak lagi mampu menggamit kehadiran pengunjung bagi menjalankan aktiviti sukan di situ.

Keadaan yang sunyi sebaik melangkah kaki ke stadium berkenaan menimbulkan persoalan sama ada stadium itu masih berfungsi atau sudah menjadi satu bangunan tinggalan sejarah di daerah berkenaan.

Stadium berkenaan juga kini umpama sebuah bangunan terbiar kerana catnya sudah luntur manakala rumput yang menghijau di padang juga sudah menjalar panjang serta berlopak-lopak kerana tiada sebarang penyenggaraan dilakukan.

Hakikatnya, stadium yang pernah menjadi kebanggaan warga Jugra itu sepatutnya sudah lama dinaik taraf kerana ia adalah satu-satunya tempat bersukan yang wujud di daerah Kuala Langat.

Menurut Setiausaha Olahraga Daerah Kuala Langat, Jacob Mathelus, 66, sudah sampai masanya stadium itu dinaik taraf bagi menarik semula golongan muda di daerah itu kembali aktif dalam sukan di samping mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Katanya, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) perlu mengambil tindakan segera dalam usaha menaik taraf tersebut kerana selain digunakan untuk bersukan, ia juga boleh digunakan sebagai tempat rekreasi dan beriadah oleh warga Jugra sekiranya fasilitinya mencukupi.

“Ini kerana daerah ini tidak mempunyai satu tempat rekreasi yang boleh dikunjungi oleh penduduk, mereka terpaksa ke tempat lain untuk melakukan aktiviti-aktiviti itu contohnya ke Putrajaya ataupun Shah Alam.

“Bila lagi masanya penduduk di sini dapat merasai tempat berekreasi sendiri yang dekat dengan kawasan mereka dan senang untuk dikunjungi tanpa mengambil masa yang lama.

“Rasanya sudah tiba masanya pihak MDKL memikirkan secara serius perkara ini dan memberi sedikit kemudahan dan khidmatnya sebagai pihak PBT,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sebagai salah seorang bekas ahli sukan, beliau amat terkilan dengan keadaan stadium berkenaan kerana jika kawasan itu dibiarkan begitu sahaja, Kuala Langat mungkin tidak mampu melahirkan atlet pelapis.

Katanya, sebelum ini sudah berkali-kali beliau menyuarakan kekesalan terhadap keuzuran stadium berkenaan tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Sayang rasanya jika stadium ini terus dibiarkan begitu sahaja. Stadium ini sebenarnya masih boleh digunakan jika ada sedikit penambahbaikan contohnya membina trek baru dan menambahkan lagi fasiliti sukan,” jelasnya.

Bekas atlet Sekolah Menengah Telok Datuk di sini, N. Krishna Veni, 25, turut melahirkan kesedihannya apabila ditanya berkaitan stadium yang pernah satu ketika dahulu menjadi tempat rutinnya untuk melakukan latihan sukan ketika zaman persekolahannya.

“Dulu saya selalu juga pergi ke stadium itu tetapi kini langsung tidak pernah. Bukan apa, kalau pergi pun sudah tidak tahu nak buat apa kerana banyak kemudahan yang sudah rosak dan tidak boleh berfungsi.

“Lagipun seram pula nak ke sana sekarang kerana keadaan yang sunyi dan jarang dikunjungi orang ramai,” ujarnya.

Seorang remaja yang ditemui, Abdul Hafiz Abdul Salam, 18, pula berkata, kemudahan dan keadaan di stadium itu sudah ketinggalan zaman dan seharusnya ia dinaik taraf mengikut peredaran semasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak MDKL dapat mengambil tindakan segera bagi menaik taraf stadium tersebut dan dia mengimpikan satu stadium yang lengkap dengan kemudahan moden termasuk sebuah gelanggang futsal.

“Lagi bagus kalau disediakan peralatan gimnasium yang lengkap bagi menarik semula orang ramai mengunjungi stadium ini.

“Sekurang-kurangnya ada juga tempat remaja beriadah dan menghabiskan masa lapang terutamanya pada hujung minggu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MDKL, Muhammad Hafiz Shaari ketika ditemui baru-baru ini berkata, perkara tersebut sudah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetapi keputusan belum lagi diperoleh setakat ini.

Jelas beliau, pihaknya memang berhasrat untuk menaik taraf stadium berkenaan tetapi mengalami sedikit kekangan peruntukan kewangan bagi menjalankan kerja-kerja tersebut.

“Kerja-kerja menaik taraf stadium ini memerlukan kos yang tinggi dan sebab itu kita masih menunggu bantuan peruntukan kewangan daripada pihak kementerian.

“Sekiranya diluluskan, sudah semestinya Kuala Langat bakal memperoleh satu stadium yang lebih baik daripada sekarang,” ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia, 2 Disember 2009.

Berita Pilihan

Selangor batal dedah laporan Bukit Antarabangsa

Kerajaan Selangor membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya. Menteri besar berkata pendedahan itu penting bagi “menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai” tetapi dokumen itu telah dikelaskan sebagai “rahsia” ol...

Aduan Selangor

KUIS: Pelajar mengadu kos pengajian mahal

Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut. Kolej tersebut, yang terletak di Nilai, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Memorandum itu diserahkan oleh...

Berita Pilihan

Tamat kontrak hanya gimik

Tamat kontrak hanya gimik

SHAH ALAM - Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ingin menamatkan kontrak syarikat-syarikat perkhidmatan pengurusan sampah dan bekalan air di Selangor hanya ‘gimik politik’ yang dimainkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Nawawi Md Zain berkata, cadangan itu dibuat bagi menam...

Artikel Pilihan

Lantik Anwar bukti MB tidak mampu

Lantik Anwar bukti MB tidak mampu

SHAH ALAM - Pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dilihat seolah-olah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berkemampuan untuk mentadbir ekonomi negeri ini. Malah, pelantikan itu juga memperlihatkan Abdul Khalid gagal menguruskan aliran pendapatan Selangor. ...

Aduan Selangor

Saya selesa tinggal di pondok: Arfiah

Saya selesa tinggal di pondok: Arfiah

SIMPANG LIMA – “Saya selesa tinggal begini, tenang dan tidak perlu menyusahkan orang lain,” kata seorang warga emas, Arfiah Johari, 66, apabila ditawarkan penempatan yang lebih selesa. Arfiah berkata, meskipun tinggal di rumah yang boleh diibaratkan seperti pondok persinggahan, keadaan itu memberikannya keselesaan dan ketenangan. Tanpa bekala...

Aduan Selangor

Penduduk bimbang rumah retak

PUCHONG - “Dulu kami sering tidak lena tidur kerana projek pembinaan dua blok kondominium 21 tingkat berhampiran kampung didiami menyebabkan rumah retak, tetapi kini kami langsung tidak boleh tidur kerana bumbung rumah mulai roboh sedikit demi sedikit,” kata P Gunaratnama, 55, salah seorang penduduk di Kampung Bunga Melur, Batu 14, di sini. Dak...

Berita Pilihan

Selangor tidak dapat penuhi permintaan Manoharan - MB

SHAH ALAM 13 Nov. - Kerajaan negeri tidak dapat memenuhi permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan semalam supaya pembangunan kaum India diberi keutamaan dalam pelaksanaan bajet negeri sebanyak RM1.3 bilion untuk tahun depan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, permintaan itu tidak boleh dan tidak...

Berita Pilihan

Tiga masjid benarkan khutbah berunsur politik

SHAH ALAM 13 Nov. - Tiga buah masjid di negeri ini dikesan membenarkan khutbah Jumaat berunsur politik oleh khatib yang bertugas, kata Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali. Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri berkata, tindakan khatib terbabit menyalahi p...

Aduan Selangor

Sunway Batu Caves terus dianak tiri?

Sunway Batu Caves terus dianak tiri?

SELAYANG 13 Nov. - Bagai mencurah air ke daun keladi. Mungkin itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perasaan kecewa penduduk di Taman Sunway Batu Caves di sini terhadap Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Ini kerana sehingga kini pihak berkuasa tempatan itu didakwa masih gagal berbuat apa-apa bagi membantu mengatasi pelbagai masalah yang dihada...

Aduan Selangor

Penduduk bantah tutup jalan

Oleh Ardyhansah Amat kota@utusan.com.my PETALING JAYA 13 Nov. - Lebih 20,000 pengguna bakal berdepan dengan kesukaran apabila Jalan Tanjung, Bandar Utama ke Lebuh Bandar Utama ditutup dalam masa enam bulan lagi. Notis penutupan jalan itu dikeluarkan oleh Bandar Utama City Corporation Sdn. Bhd. (BUCC) yang menyatakan jalan itu akan dijadikan jalan s...

Aduan Selangor

Gerai PKNS usang, kotor

Gerai PKNS usang, kotor

Oleh RASMI ABDULLAH kota@utusan.com.my SHAH ALAM 13 Nov. - Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini merupakan antara kompleks beli-belah terawal di ibu negeri Selangor itu. Walaupun muncul beberapa kompleks yang baru serta saingan dari kompleks di Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Klang, Kompleks PKNS masih kekal sebagai antara yang ...

Aduan Selangor

Penduduk derita rumah dilanda banjir kilat

Penduduk derita rumah dilanda banjir kilat

SUNGAI BULOH – Penduduk di tanah Lot 7 hingga 10 Kampung Desa Aman dekat sini diselubungi derita apabila rumah mereka sering dinaiki air setiap kali hujan lebat. Masalah yang berlaku didakwa berpunca apabila longkang utamanya ditutup sebuah kilang barangan lusuh menyebabkan air terus mengalir masuk ke kawasan kediaman penduduk di sini. Seorang p...

Aduan Selangor

Isu buang sampah secara haram semakin serius

Isu buang sampah secara haram semakin serius

KLANG - Pembuangan sampah di tempat terbuka secara haram yang berlaku di sebuah kawasan berhampiran rumah penduduk bersebelahan taman perumahan Aman Perdana menimbulkan kemarahan serta kebimbangan. Bukan itu saja, sampah berkenaan turut dibakar pihak tertentu baru-baru ini dan api dari pembakaran sampah terbabit hampir merebak ke sebuah rumah yang ...

Aduan Selangor

Paip bocor: Penduduk mahu penyelesaian segera

Paip bocor: Penduduk mahu penyelesaian segera

RAWANG PERDANA – Masalah gangguan bekalan air yang dialami penduduk melibatkan beberapa taman perumahan di sini memerlukan pemantauan dan tindakan penyelesaian segera pihak bertanggungjawab. Penduduk yang berjumlah kira-kira 12,000 di Taman Rawang Perdana 1 hingga 5, Rawang Mutiara dan Bukit Rawang Jaya rata-rata mengeluh dengan masalah gangguan ...

Artikel Blog

Membaca Kembali Minda DAP

JIKA masa depan negara di tangan PR Masa depan PR di tangan siapa? PAS dan DAP pasti bertengkar Adakah PKR boleh berdaya? WAWANCARA Lim Kit Siang dengan akhbar Sinchew Jitpoh sedikit masa dulu, menggerakkan saya untuk menyelak kembali apa yang tersirat di sebalik yang tersurat tentang kewujudan DAP. Pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) lalu, parti...

Ucapan

Syariah bukan perundangan jumud

Syariah bukan perundangan jumud

UCAPAN sulung Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sewaktu merasmikan seminar “Taklid, ijtihad dan talfiq: Skop, amalan dan batasan” di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur pada 12 November. Segala puji milik Allah, selawat dan salam atas junjungan agung Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para tabi’un s...

Aduan Selangor

Tanah pertanian jadi lombong?

Tanah pertanian jadi lombong?

KUALA SELANGOR 12 Nov. - Penduduk Kampung Seri Makmur di sini meminta kerajaan negeri menyiasat tindakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang didakwa terlibat dalam mengeluarkan kontrak menggali tanah liat di atas tanah pertanian di kawasan itu. Menurut mereka, walaupun kawasan tersebut terletak di bawah pengurusan agensi itu tetapi i...

Berita Pilihan

Nasib YB Selangor lebih ‘teruk’ daripada penjual mi

Nasib YB Selangor lebih 'teruk' daripada penjual mi

SHAH ALAM 10 Nov. - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang memulakan sesi persidangan semalam diberitahu kehidupan wakil rakyat negeri itu disifatkan lebih ‘teruk’ berbanding penjual mi atau pisang goreng yang memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan. Perkara itu disuarakan oleh Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang memberitahu, elaun ...

Berita Pilihan

Bajet Selangor 2010 susut

SHAH ALAM 10 Nov. – Bajet 2010 yang dibentangkan kerajaan negeri hari ini menyaksikan penyusutan sebanyak RM100 juta berbanding RM1.4 bilion bagi tahun lalu. Daripada peruntukan RM1.3 bilion, sebanyak RM710 juta atau 54.58 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM590 juta atau 45.42 peratus perbelanjaan pembangunan. Menteri Besar, ...

Aduan Selangor

Kapal cemar perairan

Kapal cemar perairan

KUALA LANGAT 10 Nov. – Kira-kira 500 orang nelayan pesisir pantai di Kampung Kelanang di sini berdepan risiko kehilangan mata pencarian jika tiada usaha diambil bagi mengatasi masalah pencemaran minyak di perairan tempat mereka mencari rezeki. Mereka mendakwa kawasan perairan itu kini dicemari minyak yang dipercayai berpunca dari kapal-kapal besa...